Monday 10 October 2016

6. MENENTUKAN KECEKAPAN PEMPOSISIAN



Menjangkakan bagaimana sasaran pasaran akan bertindakbalas kepada satu program pemasaran yang dicadangkan, dan selepas pelaksanaan, menentukan kecekapan program adalah penting di dalam pemilihan dan pengurusan strategi-strategi pemposisian. Penilaian pemposisian perlulah melibatkan analisa pelanggan, analisa pesaing, dan analisa dalaman. Pemposisian juga menunjukkan bagaimana syarikat atau jenama dibezakan daripada pesaingnya.


Kaedah yang digunakan untuk menganalisa alternatif-alternatif pemposisian dan menentukan kecekapan pemposisian seperti rajah 6.4 di bawah:





Kajiselidik pelanggan dan pesaing



Kajian menyediakan maklumat-maklumat pelanggan dan pesaing yang mungkin amat berguna dalam merekabentuk strategi pemposisian dan menilai hasil-hasil strategi. Terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan, contohnya analisa data multivariasi, yang boleh dikendalikan untuk mengenalpasti faktor-faktor penting yang mempengaruhi tindakbalas pasaran. Kelebihan analisa ini ialah ianya mengkaji kesan-kesan beberapa faktor pada masa yang sama. Contonya, satu pengeluar kelengkapan perubatan telah mengenalpasti tujuh faktor yang dianggap mungkin mempengaruhi jualan sesuatu produk baru untuk kegunaan pakar-pakar bedah di dalam bilik pembedahan.


Ujian pasaran



Ujian pasaran menghasilkan maklumat-maklumat berkenaan kebolehsaknaan komersial sesuatu produk baru atau tentang strategi-strategi pemposisian untuk produk-produk baru. Kaedah penyelidikan juga dapat digunakan untuk menguji perubahan-perubahan yang mungkin di dalam komponen-komponen program pemasaran. Ujian pemasaran konvensional dikendalikan di dalam satu atau lebih tempat di mana produk dipasarkan dan data dikumpul untuk menentukan kebarangkalian jualan dan/atau keuntungan. Kelebihan utama pengajian ialah pengurangan risiko melalui ramalan-ramalan permintaan yang lebih baik.


Teknik-teknik pemposisian analitikal



Mendapatan maklumat-maklumat berkenaan pelanggan-pelanggan dan prospek-prospek, menganalisanya, dan kemudian membangunkan strategi-strategi berasaskan kepada maklumat dan penilaian pengurusan merupakan inti utama analisis pemposisian.


Menentukan kecekapan pemposisian



Maklumat-maklumat diperlukan bagi menentukan sama ada strategi menghasilkan keputusan-keputusan yang dijangkakan berkenaan jualan, saham pasaran, sumbangan keuntungan, kadar pertumbuhan, kepuasan pelanggan, dan lain-lain hasil kelebihan bersaing. Syarikat-syarikat tidak akan mengubahsuai strategi-strategi pemposisian dengan terlampau kerap walaupun pengubahsuain berlaku pada tahap-tahap yang berbeza dalam kematangan pasaran-produk dan kesan desakan-desakan persekitaran, pasaran, dan persaingan.


Ralat-ralat pemposisian termasuklah:


  • Underpositioning (kurang pemposisian) – pelanggan-pelanggan hanya mempunyai idea yang kabur tentang syarikat dan produk-produknya.
  • Overpositioning (terlebih pemposisian) – apabila pelenggan-pelanggan mempunyai pemahaman yang terlampau sempit ke atas syarikat, produk atau jenama.
  • Pemposisian yang keliru – apabila perubahan- perubahan yang kerap berlaku dan mesej-mesej yang saling bercanggah mengelirukan pelanggan berkenaan pemposisian jenama.
  • Pemposisian yang diragui apabila tuntutan-tuntutan yang dibuat untuk produk atau jenama tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dipercayai oleh pelanggan.









Sunday 9 October 2016

5. MEMBANGUNKAN STRATEGI PEMPOSISIAN



Membangunkan strategi pemposisian

Strategi pemposisian mengintegrasikan komponen – komponen program pemasaran ke dalam satu set inisiatif tersusun yang dibentuk untuk mencapai objektif-objektif pemposisian firma. Pemilihan strategi pemposisian mungkin dibantu oleh suatu kombinasi pengalaman dan pengadilan pengurusan, analisa aktiviti-aktiviti dan hasil-hasil terdahulu, percubaan, dan kajian lapangan.

Skop strategi pemposisian

Kebiasaannya, strategi pemposisian adalah dipusatkan keatas satu jenama tunggal atau satu baris produk berkait dalam satu pasaran sasaran tertentu. Apabila melibatkan beberapa sasaran pasaran, satu strategi paying yang merangkumi pelbagai sasaran mungkin akan digunakan untuk komponen-komponen program pemasaran tertentu. 

Keputusan-keputusan program pemasaran

Salah satu objektif semasa bagi pemposisian adalah untuk menunujukkan bagaimana komponen-komponen pemasaran dipadankan ke dalam strategi pemposisian sebagaimana dalam Rajah berikut: 







Konsep pemposisian merupakan tumpuan utama untuk pembentukan suatu strategi bersepadu, yang menunjukkan bagaimana dan kenapa campuran, baris, atau jenama produk diposisikan untuk setiap pasaran sasaran. Strategi ini termasuklah: 

  • Strategi produk (barangandan perkhidmatan), termasuklah bagaimana produk atau jenama akan diposisikan dalam persaingan pasaran sasaran. 
  • Strategi rantaian nilai yang akan digunakan. 
  • Strategi harga, termasuklah peranan dan pemposisian harga relative kepada persaingan.
  • Strategi pengiklanan dan promosi jualan dan objektif-objektif di mana komponen-komponen promosi ini dijangkakan dapat tercapai.
  • Strategi desakan jualan, strategi pemasaran langsung, dan strategi internet, menentukan bagaimana ianya akan digunakan dalam strategi pemposisian.



Strategi pemposisian ini dapat dilihat dalam perlaksanaan strategi yang telah dilakukan oleh Nokia Corporation. Nokia merupakan pengeluar terbesar telefon bimbit, dengan jualan sebanyak $75 juta pada tahun 2007, iaitu peningkatan hamper sebanyak $30 juta pada tahun 2001. Dalam tempoh masa tersebut, keuntungan yang diperolehi telah meningkat dari  $2.8 juta kepada $8.3 juta. Strategi pemposisian yang dilaksanakan Nokia melibatkan inisiatif-inisiatif inovasi yang agresif, jaringan rantaian nilai global yang sangat efektif, perletakan harga berdasarkan persaingan, dan juga strategi-strategi promosi efektif yang telah dipadankan kepada pasaran-pasaran global utamanya di Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika, dan di Amerika. Walaubagaimanapun, Nokia mula berhadapan dengan tekanan-tekanan persaingan yang sengit serta pertumbuhan yang semakin perlahan pada tahun 2004. 

































Friday 7 October 2016

3. How about you?


4. STRATEGI PEMPOSISIAN



Pemposisian mungkin tertumpu ke atas keselurujan organisasi, campuran produk-produk, satu baris produk tertentu, atau satu jenama tertentu, walaupun pemposisian sering difokuskan ke atas jenama. Inisiatif- inisiatif pemposisian adalah berkait rapat dengan strategi perniagaan kerana pemposisian strategik wujud dari usaha-usaha perniagaan dalam menyampaikan nilai-nilai yang unggul kepada para pelanggannya. Antara inisiatif-inisiatif yang penting dalam pemposisian strategic adalah sepertimana Rajah 6.2 berikut:






          Pembeli-pembeli di dalam sasaran pasaran merupakan fokus strategi pemposisian yang dibentuk untuk sasaran. Konsep pemposisian menunjukkan keinginan pemposisian pengurusan terhadap produk (jenama) di pandangan dan minda pembeli-pembeli sasaran. Contohnya, minuman Gatorade adalah disasarkan untuk individu aktif yang kepanasan dan dahaga. Pemilihan pemposisian yang diingini memerlukan satu pemahaman terhadap keperluan nialai pembeli dan persepsi mereka terhadap jenama-jenama yang bersaing.


Strategi pemposisian merupakan kombinasi strategi-strategi program pemasaran (campuran) yang digunakan untuk memaparkan pemposisian yang diingini oleh pengurusan kepada pembeli-pembeli yang disasarkan. Strategi ini termasuklah produk (barangan atau perkhidmatan), perkhidmatan-perkhidmatan sokongan, saluran-saluran pengedaran, harga, dan tindakan-tindakan promosi yang diambil oleh organisasi.


Kecekapan pemposisian melibatkan sejauh mana objektif-objektif pemposisian pengurusan dicapai dalam pasaran sasaran. 

Objektif utama pemposisian adalah untuk memastikan setiap pelanggan yang telah disasarkan menanggapi jenama secara berbeza berbanding dengan jenama-jenama pesaing, serta lebih memilih jenama syarikat berbanding jenama-jenama lain. 







PEMILIHAN KONSEP PEMPOSISIAN:-

konsep pemposisian menujukan bagaimana pegurus  mahu pembeli-pembeli mempunyai tanggapan terhadap jenama syarikat. Pemilihan konsep pemposisian merupakan satu keputusan strategi perniagaan dan pemasaran utama.

Pemposisian boleh menjadi pusat persepsi dan keputusan-keputusan lain pelanggan.
       Memandangkan semua elemen-elemen program pemasaran boleh mempengaruhi pemposisian,
                adalah perlu untuk menggunakan satu strategi pemposisian sebagai satu tumpuan untuk
                                                pembangunan program pemasaran.

pemilihan konsep pemposisian merupakan satu langkah pertama yang penting dalam membentuk strategi pemposisian. konsep pemposisian jenama ialah “ maksud umum yang difahami oleh pelanggan-pelanggan dari segi relevannya kepada keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan mereak”. Strategi pemposisian merupakan kombinasi tindakan-tindakan campuran pemasaran yang bertujuan untuk melaksanakan pemposisian konsep jenama yang diingini untuk mencapai kedudukan tertentu dengan pembeli-pembelia yang disasarkan. 


Konsep-konsep pemposisian:- konsep pemposisian perlu dihubungkan kepada keperluan-keperluan nilai pembeli. Fokus konsep ini boleh berbentuk fungsian, simbolik, atau melalui pengalaman. Konsep fungsian diaplikasikan kepada produk-produk yang menyelesaikan masalah-masalh berkaitan-pengguna untuk keperluan-keperluan pengguna yang dihasilkan secara luaran. Contohnya, ubat gigi Sensodnye untuk perlindungan gigi sensitive. Pemposisian simbolik pula berkait dengan keperluan untuk peningkatan diri, kedudukan peranan, keahlian kumpulan, atau pengenalpastian ego pembeli yang dihasilkan secara dalaman. Contohnya, barangan-barangan mewah seperti jam tangan Rolex. Akhir sekali, konsep pengalaman yang digunakan untuk memposisikan produk-produk yang menyediakan nikmat deria, kepelbagaian, dan rangsangan kognitif. Contohnya kereta BMW yang menekankan kepada pengalaman pemanduan, Pemilihan ketiga-ketiga konsep pemposisian ini adalah penting kerana : 


a)  konsep pemposisian diaplikasikan kepada sesuatu jenama tertentu sahaja;

b) konseptersebut digunakan untuk membantu keputusan-keputusan pemposisian jenama tersebut; 
dan

c)  sekiranya dua atau lebih konsep pemposisian digunakan untuk memandu strategi pemposisian, kepelbagaian konsep tersebut boleh mengelirukan pembeli dan mungkin akan melemahkan tindakan-tindakan pemposisian yang efektif. 


Keputusan pemposisian :- di dalam menentukan bagaimana untuk mempeposisikan sesuatu jenama, adalah perlu untuk mengkaji pemposisian jenama-jenama yang bersaing menggunkan artribut-artibut yang penting kepada pembelian-pembelian sedia ada dan yang berpotensi untuk jenama tersebut.  Objektifnya adalah untuk mencuba menentukan posisi pembeli yang paling ideal dalam setiap kepentingan segmen pasaran dan kemudian membandingkannya dengan kedudukan sebenar jenama-jenama tersebut.  







Wednesday 5 October 2016

2. KITAR HAYAT PRODUK

Perubahan dalam persekitaran dan keadaan-keadaan industri mungkin akan mengubah suatu klasifikasi pasaran-produk. Keempat-empat persekitaran pasaran yang berbeza ini adalah berkait rapat dengan tahap-tahap dalam Kitar Hayat Produk (PLC) yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1 di bawah:


Dapat diperhatikan daripada rajah 6.1 di atas, jualan bermula diperingkat pengenlan dan meningkat berdasarkan bentuk keluk yang ditunjuk. Selain itu, jumlah jualan dan keuntungan menurun selepas produk mencapai tahap kematangan. Secara amnya, keluk untung menurun dahulu berbanding keluk jualan.

1. Pasaran-pasaran memuncul (introduction)

      Pengetahuan tentang suatu pasaran memuncul adalah sangat terhad. Pasaran adalah baru dan secara relatifnya adalah kecil. Jumlah pesaing hanyalah terdiri daripada kemasukan pertama pasaran dan satu atau dua firma yang lain. Corak pertumbuhan pula adalah tidak menentu dan pasaran memuncul mungkin akan lenyap. Pada tahap ini, keperluan-keperluan kehendak-kehendah pembeli adalah tidak begitu berbeza kerana mereka tidak mempunyai pengalaman lagi dengan produk tersebut.

Terdapat dua jenis pasaran memuncul iaitu satu pasaran yang betul-betul baru wujud dan satu teknologi produk baru memasuki suatu produk-produk sedia ada.

  • Kepelbagaian pembeli
Persamaan keutamaan-keutamaan pembeli dalam pasaran menuncul seringkali mengehadkan usaha-usaha segmentasi. Justeru, ianya adalah mungkin untuk mengenalpasti beberapa segmen yang lebih luas.

  • Struktur pasaran produk
Perusahaan-perusahaan baru lebih gemar untuk memasuki suatu pasaran produk baru berbanding syarikat-syarikat besar yang sedia ada membangun. Kebanyakkan usahawan-usahawan ini mempunyai sumber-sumber yang terhad dan perlu mendapatkan peluang-peluang pasaran produk.

  • Keupayaan dan sumber-sumber
Satu firma ysng memasuki pasaran produk sedia ada dengan suatu produk baru adalah lebih mudah mencapai kelebihan dengan menawarkan pembelian faedah-faedah unik berbanding harga yang lebih rendah.

  • Strategi penyasaran
Penyasaran dalam suatu pasaran memuncul adalah lebih tertumpu kepada keutamaan atau situasi pengguna yang bertindak balas dengan pecahan nilai yang ditawarkan oleh pasaran baru. Keputusan penyasaran akan bergantung keatas sama ada suatu pasaran produk yang betul-betul baru atau teknologi produk yang terlibat.



2. Pasaran-pasaran yang berkembang (growth)

Dalam peringkat ini, persekitaraan pasaran akan bergerak dari ketidakpastian yang tinggi kepada ketidakpastian yang sederhana. Corak-corak penggunaan dapat dikenalpasti dan ciri-ciri pembeli serta corak-corak penggunaan mereka dapat ditentukan. Selain itu, ciri-ciri demografik mungkin dapat mengenal segmen-segmen yang lebih meluas bagi produk-produk pengguna seperti makanan dan ubat-ubatan. Analisi ciri-ciri dan keutamaan-keutamaan pembeli sedia ada akan menjamin panduan-panduan yang berguna dalam menganggarkan potensi pasaran. 

  • Struktuk pasaran produk.
·         syarikat-syarikat sedia ada lebih gemar untuk memasuki pasaran-pasaran produk baru di peringkat pertumbuhan. Ini kerana mereka mempunyai sumber-sumber untuk menyokong kemasukan pasaran. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan yang dikaitkan dengan peserta-peserta industri iaitu i) terlampau banyak persaing dan pasaran serta saluran-saluran edarannya tidak dapat menampungnya. ii) kemasukn awal tidak dapat menyesuaikan diri apabila berlaku perubahan keatas teknologi atau faktor-faktor kejayaan utama, kebanyakkan berikutan berkurang kemahiran kewangan dan pengurusan.

  • Keupayaan dan sumber-sumber 
·         terdapat dua strategi yang dapat persaingan pasaran i) melaksanakan satu strategi kepimpinan sasaran atau ii) mengukuti strategi-strategi penyasaran dan pemprosisian yang sangat selektif.

  • Strategi penyasaran.
·         ·         terdapat sekurang kurangnya tiga strategi penyasaran yang mungkin dalam tahap ini. i) liputan pasaran luas oleh firma-firma dengan perniagaan-perniagaan yang terkemuka di pasaran yang berkaitan. ii) penyasaran selektif oleh firma dengan kepelbagaian portfolio produk adalah mungkin apabila keperluan-keperluan dibezakan atau apabila produk-produk dibezakan. iii) strategi-strategi penyasaran yang pernah tumpuan oleh organisasi- organisasi dalam satu atau beberapa segmen pasaran.


3. Pasaran-pasaran matang

Bukan semua firma yang memasuki peringkat kemuncul dan pertumbuhan pasaran mampu bertahan sehingga peringkat kematangan. Keperluan-keperluan dan ciri-ciri pembeli juga turut berubah-ubat mengikut peredaan masa. Kemasukan kedalam  pasaran di peringkat matang juga adalah tidak semudah peringkat-peringkat sebelumnya walaupun firma-firma mempunyai teknologi-teknologi tertentu.

  • Kepelbagaian pembeli.
segmentasi adalah penting dalam peringkat matang pasaran. Pasaran produk adalah dikenalpasti sejelasnya, menentukan keutamaan-keutamaan pembeli dan struktur pesaingan. Kematangan pasaran produk mungkin akan mengurangkan tarikan-tarikan dalam pasaran, sekaligus memberikan faedah kepada organisasi berpandukan-pasaran dari segi :-

 i) imbaran persekitaran luaran untuk peluang-peluang baru yang konsisten dengan kemahiran-kemahiran dan sumber-sumber organisasi;

ii) pengenalpastian ancaman-ancaman ganguan teknologi yang berpontensi terhadap teknologi-teknologi semasa bagi memenuhi keperluan-keperluan pelanggan.

iii) produk-produk yang telah dipertingkatkan. Pembeli-pembeli dalam pasaran matang juga adalah lebih berpengalaman dan cerewet. Ini kerana, mereka sudah biasa dengan persaingan jenama-jenama dan menunujukkan keutamaan bagi jenama-jenama tertentu.

  • Struktur pasaran produk.
Pasaran produk matang mempunyai persaingan yang sengit untuk saham pasaran, penekanan ke atas pengurangan kos, keperluan-keperluan berterusan untuk produk-produk baru, persaingan antarabangsa, margin-margin untung, dan peningakatan dalam peranan dan kepentingan strategi-strategi rantaian nilai. Penentuan bagaimana untuk bersaiang dengan kejayaan dalam satu pasaran produk matang merupakan satuperkara yang amat mencabar. Selain itu, struktur industri matang merupakan satu perkara yang amat mencabar. Selain itu, struktuk industri matang terdiri daripada beberapa syarikat yang mendominasi industri beberapa firma yang lain. Perolehan mungkin merupan cara terbaik untuk kemasukan kedalam pasaran berbanding cuba untik membangunkan produk-produk dan keupayaan-keupayaan pemasaran. 

  •  Keupayaan dan sumber-sumber.
Bergantung kepada kedudukan firma dalam pasaran matang, objektif pengurusan mungkin melibatkan kos, penyasaran terpilih atau perbezaan produk. Prestasi yang teruk mungkin akan membawa kepada penstrukturan semula organisasi bagi memperbaiki prestasi kewangan. Sekiranya penambah baikan tidak dapat dilaksanakan, keputusannya mungkin untuk keluar daripada peniagaan.

  •  Strategi penyasaran


 Kedua-dua strategi penyasaraan dan pemposisian mungkin berubah sewaktu peralihan dan peringkatan pertumbuhan ke perinkat matang pasaran produk. Penyasaran mungkin akan diubahsuai untuk menunjukkan perubahan-perubahan dalam keutamaan-keutamaan diantara sasaran-sasaran pasaran. Pemposisian pula mungkin akan disuaikan dalam satu pasaran sasaran untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan prestasi pengoperasian.


4. Pasaran-pasaran global
  • Integrasi Global
Strategi ini mempertimbangkan darjah di mana produk-produk yang terpiawai dan eleme-elemen strategi lain boleh dibangunkan untuk bersaing secara global. Objektifnya adalah untuk mengenalpasti segmen-segmen pasaran yang mengembangkan pasaran-pasaran global dan menyediakan peluang-peluang ini dengan strategi-strategi pemposisian global.

  • Responsif tempatan
 Titik pertimbangan adalah bagaimana untuk mensegmenkan pasaran-pasaran global.






Tuesday 4 October 2016

1. PENYELARASAN PASARAN DAN PEMPOSISIAN STRATEGI

 (David W .Cravens & Nigel f. Piercy,Chapter 6)



PENGENALAN 

Penentuan pengguna mana dalam pasaran untuk disasarkan dan bagaimana untuk memposisikan suatu produk organisasi untuk setiap pasaran sasaran merupakan keputusan-keputusan utama strategi berpandukan-pasaran, yang memandu keseluruhan organisasi dalam usahanya untuk menyampaikan nilai yang unggul kepada pelanggan-pelanggannya. Strategi-strategi pemposisian dan penyasaran yang efektif adalah kritikal dalam mendapatkan dan mengekalkan prestasi perniagaan yang uggul. Apabila keputusan-keputusan ini silap, ia akan melemahkan perniagaan dan prestasi pemasaran.  


STRATEGI PENYASARAN PASARAN 

Keputusan penyasaran pasaran-pasaran mengenalpasti orang-orang atau organisasi-organisasi dalam satu pasaran produk ke arah yang mana sesebuah organisasi menetapkan inisiatif-inisiatif strategi pemposisiannya. Strategi-strategi penyasaran dan pemposisian mengandungi 3 iaitu: 

  • Pengenalpastian dan penganalisaan segmen-segmen dalam suatu pasaran produk.
  • Menentukan segmen mana untuk disasarkan 
  • Membentuk dan melaksanakan satu strategi pemposisian untuk setiap sasaran. 


ALTERNATIF-ALTERNATIF PENYASARAN 

Keputusan penyasaran menentukan kumpulan pelanggan mana di dalam organisasi yang akan diuruskan. Suatu usaha pemasaran tertentu (strategi pemposisian) adalah terarah kepada setiap sasaran yang telah ditetap kanorganisasi.Terdapat dua kategori utama penyasaran pasaran iaitu:  
  • Penyasaran segmen apabila segmen telah dikenalpasti sejelasnya.  
  • Penyasaran berdasarkan pembezaan produk. 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PENYASARAN 

Analisis segmen pasaran membantu untuk menilai dan mengatur mengikut kedudukan tarikan-tarikan segmen yang dipertimbangkan sebagai sasaran-sasaran pasaran. Penilaian-penilaian ini termasuklah maklumat pelanggan, kekuatan dan pemposisian pesaing, dan tarikan-tarikan  kewangan dan pasaran segmen. Satu panduan penting dalam penyasaran adalah menentukan keperluan-keperluan nilai pembeli dalam setiap segmen. Oleh itu, analisis segmen pasaran adalah penting dalam penilaian kedua-dua sasaran pasaran sedia ada dan yang berpotensi.  

Pengurus perlulah menentukan sama ada ia akan menyasarkan satu segment uggal, menyasarkan beberapa segmen secara selektif, ataupun menyasarkan kesemua atau kebanyakan segmen-segmen di dalam pasaran produk. Pemilihan strategi penyasaran ini adalah dipengaruhi oleh beberapa factor itu seperti :
  •  Tahap kematangan pasaran produk  
  •  Kepelbagaian dalam keperluan-keperluan nilai pembeli 
  •  Struktur industri  
  •  Keupayaan dan sumber-sumber firma  
  •  Peluang-peluang untuk mendapatkan kelebihan persaingan. 


PENYASARAN DALAM PERSEKITARAN PASARAN BERBEZA 

Persekitaran pasaran produk adalah dipengaruhi oleh darjah tumpuan, firma-firma yang bersaing, tahap kematangan, dan pendedahan kepada pesaingan antarabangsa. Empat tahap kitaran hayat mengilustrasikan struktur-struktur pasaran produk :-

  • Kemunculan atau pengenalan - Pasaran-pasaran produk yang baru dibentuk dikategorikan sebagai memuncul dan diwujudkan oleh faktor-faktor seperti teknologi baru, perubahan dalam keperluan-keperluan pembeli, dan mengenalpastian kepada keperluan-keperluan yang tidak dipenuhi oleh pembekal-pembekal.
  •  Pertumbuhan - Pasaran-pasaran produk ini mengalami pertumbuhan yang pesat, dan persaingan terdiri daripada beberapa firma yang mana satu atau lebih firma mungkin menjadi peneraju pasaran.
  • Matang - Mengalami pertumbuhan secara pesat sehinggalah mencapai tahap yang tinggi dalam menembusi pasaran.
  • Penurunan - Suatu penurunan dalam pasaran produk sebenar merupakan kejatuhan terus berbanding mengalami sesuatu penurunan sementara atau perubahan-perubahan kitaran.