Pemposisian mungkin
tertumpu ke atas keselurujan organisasi, campuran produk-produk, satu baris
produk tertentu, atau satu jenama tertentu, walaupun pemposisian sering
difokuskan ke atas jenama. Inisiatif- inisiatif pemposisian adalah berkait
rapat dengan strategi perniagaan kerana pemposisian strategik wujud dari
usaha-usaha perniagaan dalam menyampaikan nilai-nilai yang unggul kepada para
pelanggannya. Antara inisiatif-inisiatif yang penting dalam pemposisian
strategic adalah sepertimana Rajah 6.2 berikut:
Pembeli-pembeli di
dalam sasaran pasaran merupakan fokus strategi pemposisian yang dibentuk untuk
sasaran. Konsep pemposisian menunjukkan keinginan pemposisian pengurusan
terhadap produk (jenama) di pandangan dan minda pembeli-pembeli sasaran.
Contohnya, minuman Gatorade adalah disasarkan untuk individu aktif yang
kepanasan dan dahaga. Pemilihan pemposisian yang diingini memerlukan satu
pemahaman terhadap keperluan nialai pembeli dan persepsi mereka terhadap
jenama-jenama yang bersaing.
Strategi pemposisian merupakan kombinasi strategi-strategi program pemasaran (campuran)
yang digunakan untuk memaparkan pemposisian yang diingini oleh pengurusan
kepada pembeli-pembeli yang disasarkan. Strategi ini termasuklah produk
(barangan atau perkhidmatan), perkhidmatan-perkhidmatan sokongan,
saluran-saluran pengedaran, harga, dan tindakan-tindakan promosi yang diambil
oleh organisasi.
Kecekapan pemposisian melibatkan sejauh mana objektif-objektif pemposisian pengurusan
dicapai dalam pasaran sasaran.
Objektif utama pemposisian adalah
untuk memastikan setiap pelanggan yang telah disasarkan menanggapi jenama
secara berbeza berbanding dengan jenama-jenama pesaing, serta lebih memilih
jenama syarikat berbanding jenama-jenama lain.
PEMILIHAN
KONSEP PEMPOSISIAN:-
konsep pemposisian
menujukan bagaimana pegurus mahu pembeli-pembeli
mempunyai tanggapan terhadap jenama syarikat. Pemilihan konsep pemposisian
merupakan satu keputusan strategi perniagaan dan pemasaran utama.
Pemposisian
boleh menjadi pusat persepsi dan keputusan-keputusan lain pelanggan.
Memandangkan semua elemen-elemen program
pemasaran boleh mempengaruhi pemposisian,
adalah perlu untuk menggunakan
satu strategi pemposisian sebagai satu tumpuan untuk
pembangunan program pemasaran.
pemilihan konsep pemposisian
merupakan satu langkah pertama yang penting dalam membentuk strategi
pemposisian. konsep pemposisian jenama
ialah “ maksud umum yang difahami oleh
pelanggan-pelanggan dari segi relevannya kepada keperluan-keperluan dan
keutamaan-keutamaan mereak”. Strategi pemposisian merupakan kombinasi
tindakan-tindakan campuran pemasaran yang bertujuan untuk melaksanakan
pemposisian konsep jenama yang diingini untuk mencapai kedudukan tertentu
dengan pembeli-pembelia yang disasarkan.
Konsep-konsep
pemposisian:- konsep
pemposisian perlu dihubungkan kepada keperluan-keperluan nilai pembeli. Fokus
konsep ini boleh berbentuk fungsian, simbolik, atau melalui pengalaman. Konsep
fungsian diaplikasikan kepada produk-produk yang menyelesaikan masalah-masalh
berkaitan-pengguna untuk keperluan-keperluan pengguna yang dihasilkan secara
luaran. Contohnya, ubat gigi Sensodnye untuk perlindungan gigi sensitive.
Pemposisian simbolik pula berkait dengan keperluan untuk peningkatan diri,
kedudukan peranan, keahlian kumpulan, atau pengenalpastian ego pembeli yang
dihasilkan secara dalaman. Contohnya, barangan-barangan mewah seperti jam
tangan Rolex. Akhir sekali, konsep pengalaman yang digunakan untuk memposisikan
produk-produk yang menyediakan nikmat deria, kepelbagaian, dan rangsangan
kognitif. Contohnya kereta BMW yang menekankan kepada pengalaman pemanduan,
Pemilihan ketiga-ketiga konsep pemposisian ini adalah penting kerana :
a) konsep
pemposisian diaplikasikan kepada sesuatu jenama tertentu sahaja;
b) konseptersebut digunakan untuk membantu keputusan-keputusan pemposisian jenama tersebut;
dan
c) sekiranya dua
atau lebih konsep pemposisian digunakan untuk memandu strategi pemposisian, kepelbagaian
konsep tersebut boleh mengelirukan pembeli dan mungkin akan melemahkan
tindakan-tindakan pemposisian yang efektif.
Keputusan
pemposisian :- di dalam menentukan bagaimana
untuk mempeposisikan sesuatu jenama, adalah perlu untuk mengkaji pemposisian
jenama-jenama yang bersaing menggunkan artribut-artibut yang penting kepada
pembelian-pembelian sedia ada dan yang berpotensi untuk jenama tersebut. Objektifnya adalah untuk mencuba menentukan
posisi pembeli yang paling ideal dalam setiap kepentingan segmen pasaran dan
kemudian membandingkannya dengan kedudukan sebenar jenama-jenama tersebut.
No comments:
Post a Comment