Perubahan dalam persekitaran dan
keadaan-keadaan industri mungkin akan mengubah suatu klasifikasi
pasaran-produk. Keempat-empat persekitaran pasaran yang berbeza ini adalah
berkait rapat dengan tahap-tahap dalam Kitar Hayat Produk (PLC) yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.1 di bawah:
Dapat diperhatikan daripada rajah 6.1 di atas,
jualan bermula diperingkat pengenlan dan meningkat berdasarkan bentuk keluk
yang ditunjuk. Selain itu, jumlah jualan dan keuntungan menurun selepas produk
mencapai tahap kematangan. Secara amnya, keluk untung menurun dahulu berbanding
keluk jualan.
1. Pasaran-pasaran memuncul (introduction)
Pengetahuan
tentang suatu pasaran memuncul adalah sangat terhad. Pasaran adalah baru dan
secara relatifnya adalah kecil. Jumlah pesaing hanyalah terdiri daripada
kemasukan pertama pasaran dan satu atau dua firma yang lain. Corak pertumbuhan
pula adalah tidak menentu dan pasaran memuncul mungkin akan lenyap. Pada tahap
ini, keperluan-keperluan kehendak-kehendah pembeli adalah tidak begitu berbeza
kerana mereka tidak mempunyai pengalaman lagi dengan produk tersebut.
Terdapat dua jenis pasaran memuncul iaitu satu
pasaran yang betul-betul baru wujud dan satu teknologi produk baru memasuki
suatu produk-produk sedia ada.
Persamaan keutamaan-keutamaan pembeli dalam pasaran menuncul seringkali
mengehadkan usaha-usaha segmentasi. Justeru, ianya adalah mungkin untuk
mengenalpasti beberapa segmen yang lebih luas.
Perusahaan-perusahaan baru lebih gemar untuk memasuki suatu pasaran produk
baru berbanding syarikat-syarikat besar yang sedia ada membangun. Kebanyakkan
usahawan-usahawan ini mempunyai sumber-sumber yang terhad dan perlu mendapatkan
peluang-peluang pasaran produk.
- Keupayaan dan sumber-sumber
Satu firma ysng memasuki pasaran produk sedia ada dengan
suatu produk baru adalah lebih mudah mencapai kelebihan dengan menawarkan
pembelian faedah-faedah unik berbanding harga yang lebih rendah.
Penyasaran dalam suatu pasaran memuncul adalah lebih tertumpu kepada
keutamaan atau situasi pengguna yang bertindak balas dengan pecahan nilai yang
ditawarkan oleh pasaran baru. Keputusan penyasaran akan bergantung keatas sama
ada suatu pasaran produk yang betul-betul baru atau teknologi produk yang
terlibat.
2. Pasaran-pasaran yang berkembang (growth)
Dalam peringkat ini, persekitaraan pasaran akan bergerak
dari ketidakpastian yang tinggi kepada ketidakpastian yang sederhana.
Corak-corak penggunaan dapat dikenalpasti dan ciri-ciri pembeli serta
corak-corak penggunaan mereka dapat ditentukan. Selain itu, ciri-ciri
demografik mungkin dapat mengenal segmen-segmen yang lebih meluas bagi
produk-produk pengguna seperti makanan dan ubat-ubatan. Analisi ciri-ciri dan
keutamaan-keutamaan pembeli sedia ada akan menjamin panduan-panduan yang
berguna dalam menganggarkan potensi pasaran.
·
syarikat-syarikat sedia ada lebih gemar untuk memasuki
pasaran-pasaran produk baru di peringkat pertumbuhan. Ini kerana mereka
mempunyai sumber-sumber untuk menyokong kemasukan pasaran. Namun begitu,
terdapat beberapa keadaan yang dikaitkan dengan peserta-peserta industri iaitu
i) terlampau banyak persaing dan pasaran serta saluran-saluran edarannya tidak
dapat menampungnya. ii) kemasukn awal tidak dapat menyesuaikan diri apabila
berlaku perubahan keatas teknologi atau faktor-faktor kejayaan utama,
kebanyakkan berikutan berkurang kemahiran kewangan dan pengurusan.
- Keupayaan dan sumber-sumber
·
terdapat dua strategi yang dapat persaingan pasaran i)
melaksanakan satu strategi kepimpinan sasaran atau ii) mengukuti strategi-strategi
penyasaran dan pemprosisian yang sangat selektif.
· ·
terdapat sekurang kurangnya tiga strategi penyasaran yang
mungkin dalam tahap ini. i) liputan pasaran luas oleh firma-firma dengan
perniagaan-perniagaan yang terkemuka di pasaran yang berkaitan. ii) penyasaran
selektif oleh firma dengan kepelbagaian portfolio produk adalah mungkin apabila
keperluan-keperluan dibezakan atau apabila produk-produk dibezakan. iii)
strategi-strategi penyasaran yang pernah tumpuan oleh organisasi- organisasi
dalam satu atau beberapa segmen pasaran.
3. Pasaran-pasaran matang
Bukan semua firma yang memasuki peringkat kemuncul dan
pertumbuhan pasaran mampu bertahan sehingga peringkat kematangan.
Keperluan-keperluan dan ciri-ciri pembeli juga turut berubah-ubat mengikut
peredaan masa. Kemasukan kedalam pasaran
di peringkat matang juga adalah tidak semudah peringkat-peringkat sebelumnya
walaupun firma-firma mempunyai teknologi-teknologi tertentu.
segmentasi adalah
penting dalam peringkat matang pasaran. Pasaran produk adalah dikenalpasti
sejelasnya, menentukan keutamaan-keutamaan pembeli dan struktur pesaingan.
Kematangan pasaran produk mungkin akan mengurangkan tarikan-tarikan dalam
pasaran, sekaligus memberikan faedah kepada organisasi berpandukan-pasaran dari
segi :-
i) imbaran persekitaran luaran untuk peluang-peluang baru yang konsisten
dengan kemahiran-kemahiran dan sumber-sumber organisasi;
ii) pengenalpastian
ancaman-ancaman ganguan teknologi yang berpontensi terhadap teknologi-teknologi
semasa bagi memenuhi keperluan-keperluan pelanggan.
iii) produk-produk yang
telah dipertingkatkan. Pembeli-pembeli dalam pasaran matang juga adalah lebih
berpengalaman dan cerewet. Ini kerana, mereka sudah biasa dengan persaingan
jenama-jenama dan menunujukkan keutamaan bagi jenama-jenama tertentu.
Pasaran produk matang
mempunyai persaingan yang sengit untuk saham pasaran, penekanan ke atas
pengurangan kos, keperluan-keperluan berterusan untuk produk-produk baru,
persaingan antarabangsa, margin-margin untung, dan peningakatan dalam peranan
dan kepentingan strategi-strategi rantaian nilai. Penentuan bagaimana untuk
bersaiang dengan kejayaan dalam satu pasaran produk matang merupakan
satuperkara yang amat mencabar. Selain itu, struktur industri matang merupakan
satu perkara yang amat mencabar. Selain itu, struktuk industri matang terdiri
daripada beberapa syarikat yang mendominasi industri beberapa firma yang lain.
Perolehan mungkin merupan cara terbaik untuk kemasukan kedalam pasaran
berbanding cuba untik membangunkan produk-produk dan keupayaan-keupayaan
pemasaran.
- Keupayaan dan sumber-sumber.
Bergantung kepada
kedudukan firma dalam pasaran matang, objektif pengurusan mungkin melibatkan
kos, penyasaran terpilih atau perbezaan produk. Prestasi yang teruk mungkin
akan membawa kepada penstrukturan semula organisasi bagi memperbaiki prestasi
kewangan. Sekiranya penambah baikan tidak dapat dilaksanakan, keputusannya
mungkin untuk keluar daripada peniagaan.
Kedua-dua strategi penyasaraan dan pemposisian
mungkin berubah sewaktu peralihan dan peringkatan pertumbuhan ke perinkat
matang pasaran produk. Penyasaran mungkin akan diubahsuai untuk menunjukkan
perubahan-perubahan dalam keutamaan-keutamaan diantara sasaran-sasaran pasaran.
Pemposisian pula mungkin akan disuaikan dalam satu pasaran sasaran untuk
meningkatkan kepuasan pelanggan dan prestasi pengoperasian.
4. Pasaran-pasaran global
Strategi ini mempertimbangkan darjah di mana produk-produk yang terpiawai dan eleme-elemen strategi lain boleh dibangunkan untuk bersaing secara global. Objektifnya adalah untuk mengenalpasti segmen-segmen pasaran yang mengembangkan pasaran-pasaran global dan menyediakan peluang-peluang ini dengan strategi-strategi pemposisian global.
Titik pertimbangan adalah bagaimana untuk mensegmenkan pasaran-pasaran global.